
Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang
tiada keraguan tentangnya akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman
Bilakah berlakunya Hari Kiamat
tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dia Yang Maha Suci dan Maha Tinggi
firman Allah s.w.t :
“ Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib : tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri”
Walau bagaimanapun taraf keilmuan seseorang ia tidak boleh meramal bila masa terjadinya kiamat
Maka tidak ada yang mengetahui bila masa terjadinya hari kiamat itu kecuali hanya Allah s.w.t Dan tidak seorang pun dari para nabi yg diutus mengetahui bila waktunya dan tidak juga pada para malaikat muqarrabin.
Dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan bahawa seorang Arab badui mendatangi Rasulullah lalu bertanya
“ Wahai Muhammad, bilakah berlakunya hari kiamat?”
Rasullah s.a.w menjawab : “ Celaka Engkau, sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang”
Sebenarnya Hari Kiamat itu sangat dekat dengan kita semua
Walaupun hanya Allah s.w.t sahaja yg mengetahui waktu berlakunya hari kiamat,akan tetapi Allah telah menjelaskan kepada kita syarat-syarat dan tanda-tandanya serta memberikan kepada kita tanda-tanda yang menunjukkan dekatnya ia
Berbekallah dari kehidupanmu
Untuk hari yang telah dijanjikan
Bekerjalah untuk ALLAH
Dan kumpulkan laa bekal terbaik
Jangan terlalu banyak tertumpu pada dunia
Kerana harta terkumpul akan binasa
pengajaran ::
jauhkan lhaa diri anda dari bertanya Bilakah akan berlaku HARI KIAMAT
