Thursday, 23 February 2012

Catatan Tioman 2011 :))


Tioman 2011

Slogan: Tioman cedok
Motto: Kami Usaha, Kami Doa, Kami Cedok

Saat aku mendapat tugasan sebagai ketua Guru Rumah Tioman untuk sesi 2011… apa yang aku nak lakukan ye. Takkan nak biarkan Tioman di tempat keempat macam 3 tahun yang lalu. Kali ini aku mesti melakukan sesuatu untuk mengeluarkan Tioman daripada tempat keramat tu. 
Saat Merentas Desa Sekolah… Tioman masih tempat keempat… Kat mana ye anak-anak Tioman ni….sayu rasanya
Saat Acara Sukantara sekolah…Aku rebah. Cikgu-cikgu Tioman lain yang dedikasi penuh semangat meniup azam Tioman Hebat. Lari bagi habis. Lompat jangan tak lompat. Hayun jangan tak hayun. Dapat mata semua suka. Yang berehat di kantin dikerah memastikan Tioman tidak lagi ketinggalan. Alhamdulillah Tioman mendahului … Nampaknya ada harapan baru. Kami nak Juara. Semangat Tioman dah mula membara walaupun ada rasa tak percaya.
Menyedari akan kekurangan Tioman..Strategi diatur peserta dilatih.. pelajar yang berpotensi mula ditatih. Setiap hari atlet berlatih. Pemilihan atlet mula ditapis. Kata sepakat mula diambil. Berkat kerjasama Cikgu Nolida dan Cikgu A.C. Atas bimbingan Cikgu Fauzi. Alhamdulillah strategi diatur kian menjadi. Acara awal Tioman menguasai . Pelbagai piala menjadi koleksi. Tanda Tioman ada potensi. Pisang dan kurma sentiasa di sisi. Titipan doa Cikgu Marina dan Fildza.
Matlamat juara hampir sudah . Istana Aladdin dibina indah. Nasi Arab menjadi juadah. Persiapan diatur tak kenal lelah. Menjelang Maghrib bersambung Subuh.. Gandingan Cikgu Shikin, Salina, Rusyati, Hasliza dan Zuriazay kian meriah. Bukan sedikit belanja ditambah. Cikgu Suhanawati tak menyerah. Maskot Aladdin dan Jin menjadi pilihan. Hasil idea kreatif murid dan sentuhan Cikgu Mazura dan Salina. Perbarisan dikendalikan senior berpasukan. Jijie Blancose selaku ketua, Suria pula kreografer , Kesabaran Cikgu Che Radziah, Shaharom, Syuhadah,Habibah menjadi taruhan. Sentuhan Cikgu Shikin memantapkan barisan dengan semangat berkobar-kobar.... 


Mana tahu nasib nak berubah, 
Tahun ini Tioman Juara oooo ceduk semua. 
Asal dulu selalu kalah tahun ini mula membara 
kami nak jadi juara”

Guru dan ahli tak menang tangan. Banyak perkara nak difikirkan. Juara tetap menjadi idaman. Doa dipohon, kepada Ilahi mengharap keajaiban.Terharu melihat kesungguhan Tioman. Inisiatif ahli - FB Tioman dilancarkan. Kata mereka kami bangga pakai baju Tioman. 
Hati ku berdebar-debar. Hari penentuan telahpun tiba. Kilauan emas, perak dan gangsa. Satu persatu jatuh ke riba. Tarik tali penutup acara. Tioman menjadi Juara. Impian kian menjadi nyata. Alhamdulillah.
Saat diaju pengacara. Juara menjadi milik siapa? Laungan tioman mula bergema. Sah-sah Tioman Juara. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Usaha kami tak sia-sia. Tioman Cedok menjadi nyata. 


Selamat tinggal sejarah silam
Selamat datang kemenangan
Ayuh Tioman kekalkan kejuaraan
Tahun-tahun bakal mendatang

Penutup tirai acara jamuan 
Domino’s Pizza jadi santapan. 
Piala kejuaraan menjadi kebanggaan. 
Tersenyum lebar tanda kegembiraan.